Hulu Selangor.

Selamat Datang ke Laman Blog Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Selangor. Pihak admin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda.

Monday, March 14, 2011

Kursus Fasilitator Murid Sekolah Rendah dan Menengah Sahabat PPDa-PETRONAS 2011

Pada 22-24 Februari 2011, seramai 5 orang pelajar SMK Kuala Kubu Bharu dan 5 orang pelajar SK Rasa telah terpilih bagi mengikut Kursus Fasilitator Murid Sekolah Rendah dan Menengah Sahabat PPDa-PETRONAS 2011. Kursus ini telah dijalankan di Kem Bumi Jati Shah Alam bersama para pelajar dari daerah-daerah lain di Negeri Selangor. Para peserta dilatih untuk menjadi fasilitator dalam membantu mencegah dan menyampaikan maklumat pencegahan dadah.

Saturday, February 26, 2011

Kursus Jurulatih Utama Sahabat PPDa-Petronas Peringkat Negeri Selangor 2011

Pada 9-11 Februari 2011, seramai 4 orang guru bimbingan dan kaunseling dari daerah ini telah terpilih untuk mengikuti Kursus Jurulatih Utama Sahabat PPDa-PTRONAS 2011. Kursus ini telah diadakan di Prescott Hotel, Klang. Sepanjang program, para peserta telah diberikan pelbagai modul yang dapat membantu para peserta untuk menjadi jurulatih utama (JU) dalam aktiviti pencegahan dadah. Tahniah kepada semua peserta yang terlibat.



Thursday, February 3, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor

Pada 25 Januari 2011, satu Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Kalumpang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tn Hj Ruslan bin Che Mee (Penolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya). Dalam mesyuarat tersebut, telah dibincangkan perancangan aktiviti meliputi PRS,PPDa, lawatan sambil belajar dan program kepimpinan.

Program Bergerak Hati ke Hati 2011 Anjuran MAPAN bersama PPD Hulu Selangor

Pada 21 Januari 2011, Program Bergerak "Hati ke Hati" Sekolah Menengah Seluruh Negara Anjuran Bersama KPM, MAPAN, JPNS dan PPD Hulu Selangor. Program ini diadakan di Dewan SMK Syed Mashor, Batang Kali.

Objektif program ini adalah seperti berikut:
a) Pelajar memiliki pengetahuan asas sebagai PRS
b) Pelajar mempunyai sikap yang positif dalam membimbing rakan sebaya
c) Menangani disiplin pelajar dan membendung penularan masalah disiplin di sekolah
d) Membentuk jati diri pelajar

Selamat Datang ke Blog Guru Bimbingan dan Kaunseling SM Hulu Selangor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Selangor ke laman blog MGBK Hulu Selangor kita. Pihak admin mengucapkan terima kasih kerana menyokong sepenuhnya pembinaan laman blog ini. Semoga blog ini dapat memberikan kita manfaat serta merapatkan tali persahabatan sesama kita.